Jumat, 15 Maret 2013

Pengertian Internet


Apakah Pengertian Internet itu? 
1. Internet sendiri berasal dari kata  interconnection-networking, merupakan sistem global dari seluruh jaringan komputer yang saling terhubung menggunakan standar Internet Protocol Suite (TCP/IP) untuk melayani miliaran pengguna di seluruh dunia. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol).
2. sedangkan pengertian internet menurut segi ilmu pengetahuan, internet adalah sebuah perpustakaan besar yang didalamnya terdapat jutaan (bahkan milyaran) informasi atau data yang dapat berupa teks,grafik, audio maupun animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Semua orang bisa berkunjung ke perpustakaan tersebut kapan saja serta dari mana saja, jika dilihat dari segi komunikasi, internet adalah sarana yang sangat efektif dan efesien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh maupun jarak dekat, seperti di dalam lingkungan perkantoran, tempat pendidikan, atapun instansi terkait.
3. ada awalnya internet adalah suatu jarangan komputer yang dibentuk oleh Departemen Amerika Serikat pada awal tahun 60 an, pada waktu itu mereka mendemonstrasikan bagaimana dengan hardware dan software komputer berbabis UNIX bisa melakukan komunikasi dalam jarak yang tidak terhingga melalui saluran telepon.
4. jaringan (Network) komputer terbesar di dunia. Jaringan berarti kelompok komputer yang dihubungkan bersama, sehingga dapat berbagi pakai informasi dan sumber daya (Shirky, 1995:2). Dalam internet terkandung seju ... internet yang memanfaatkan satelit sebagai media transformasi. Hadirnya internet sebagai sumber informasi ini sangat memungkinkan seseorang untuk mencari dan menyebarkan segala ilmu pengetahuan dan teknologi termasuk penemuan penelitian keseluruh dunia
5. .Pengertian internet itu sendiri adalah jaringan (Network) komputer terbesar di dunia. Jaringan berarti kelompok komputer yang dihubungkan bersama, sehingga dapat berbagi pakai informasi dan sumber daya (Shirky, 1995:2). Dalam internet terkandung sejumlah standar untuk melewatkan informasi dari satu jaringan ke jaringan lainnya, sehingga jaringan-jaringan di seluruh dunia dapat berkomunikas

Senin, 18 Februari 2013

Sejarah Internet


 Internet merupakan jaringan komputer yang dibentuk oleh Departemen Pertahanan Amerika Serikat pada tahun 1969, melalui proyekARPA yang disebut ARPANET (Advanced Research Project Agency Network), di mana mereka mendemonstrasikan bagaimana dengan hardware dan software komputer yang berbasis UNIX, kita bisa melakukan komunikasi dalam jarak yang tidak terhingga melalui saluran telepon. Proyek ARPANET merancang bentuk jaringan, kehandalan, seberapa besar informasi dapat dipindahkan, dan akhirnya semua standar yang mereka tentukan menjadi cikal bakal pembangunan protokol baru yang sekarang dikenal sebagai TCP/IP(Transmission Control Protocol/Internet Protocol).

Sejarah Brazil


Brazil (Bahasa PortugisBrasilIPA: [bɾaˈziw]), nama rasmi: Republik Federatif Brazil[7] (Bahasa PortugisRepública Federativa do Brasildengar ), ialah negara terbesar di Amerika Selatan, dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi keluasan geografi dan jumlah keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk.[8][9] Brazil merupakan berbahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika, dan yang terbesar di dunia.[8]
Disempadani oleh Lautan Atlantik di timur, Brazil mempunyai garis tepi laut sepanjang lebih 7,491 kilometer (4,655 batu).[8] Brazil bersempadan dengan VenezuelaGuyanaSuriname Guiana Perancis (sebuah wilayah tanggungan Perancis) di utara; Colombiadi barat laut; Bolivia dan Peru di barat; Argentina dan Paraguay di barat daya, dan Uruguay di selatan. Wilayah Brazil juga dilengkapi dengan beberapa gugus kepulauan, seperti Fernando de NoronhaAtol RocasBatuan Saint Peter dan Paul, danTrindade dan Martim Vaz.[8] Brazil bersempadan dengan hampir semua negara Amerika Selatan kecuali Ecuador dan Chile.
Brazil pernah menjadi tanah jajahan Portugal sejak ketibaan Pedro Álvares Cabral pada tahun 1500 hingga tahun 1815, apabila ia dinaik taraf ke Kerajaan Bersatu bersama Portugal dan Algarves. Ikatan kolonial itu akhirnya renggang pada tahun 1808, apabila ibu negara Negara Beraja Portugal dipindahkan dari Lisbon ke Rio de Janeiro, ekoran serangan Napoleon terhadap Portugal.[10]Kemerdekaan Brazil dari Portugal tercapai pada 1822. Mula-mulanya diasaskan sebagai Empayar Brazil, negara ini menjadirepublik pada tahun 1889, namun sistem perundangan dwidewan, kini bergelar Kongres, diasaskan pada tahun 1824, apabila perlembagaan pertama negara diratifikasi.[10] Perlembagaan sekarang mentakrifkan Brazil sebagai sebuah Republik Persekutuan.[11] Persekutuan ini terbentuk oleh kesatuan Wilayah Persekutuan, 26 Negeri, dan 5,564 Kawasan Perbandaran.[11][12]
Ekonomi Brazil ialah ekonomi kelapan terbesar dari segi KDNK[13] dan ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli.[14] Brazil merupakan salah sebuah ekonomi utama dunia yang paling pesat membangun. Atas berkat pembaharuan ekonomi, negara ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.[15] Brazil merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,G-20CPLPKesatuan LatinPertubuhan Negara Ibero-AmerikaMercosul dan Kesatuan Negara Amerika Selatan, dan juga salah sebuah negara BRIC. Brazil juga menjadi tempat letaknya kepelbagaian hidupan liarpersekitaran alam, dan sumber alam yang kaya di pelbagai habitat terlindung.[8]

Asal-usul nama

Asal-usul nama Brazil masih tidak dipastikan. Mengikut tradisi, nama "Brazil" datang dari kayu brazil, sejenis pokok balak yang diperdagangkan oleh para pelaut dari kawasan Brazil ke Eropah pada abad ke-16.[16] Dalam bahasa Portugis, kayu brazil dipanggil pau-brasil, yang mana perkataan brasil yang bermaksud "merah seperti bara", berasal dari bahasa Latin iaitu brasa("bara") dan akhiran -il (dari -iculum atau -ilium).[17][18][19] Teori ini diajar sebagai asal-usul rasmi di sekolah-sekolah Brazil danPortugal, tetapi ada yang berpendapat bahawa nama Brazil lebih tua daripada itu, dan mungkin berasal dari bangsa Celt.[20]Mereka memperdagangkan bahan pewarna merah yang diekstrak dari mineral dari lombong-lombong Iberia ke Ireland. Apatah lagi, pulau Hy-Brazil dalam mitos Ireland dilihat oleh sesetengah pihak sebagai asal-usul nama Brazil yang sebetulnya, termasuk sasterawan JRR Tolkien sendiri.[21][16] Dalam bahasa Guarani, salah satu bahasa rasmi Paraguay, Brazil dipanggil “Pindorama”, nama yang diberikan oleh orang asli kepada negara itu, membawa erti “bumi pokok palma.”

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Brazil

[sunting]Penjajahan Portugis

Bumi yang kini bergelar Brazil pernah dituntut oleh Portugal pada April 1500, sewaktu ketibaan armada Portugal di bawah perintah Pedro Álvares Cabral.[22] Pendatang Portugis bertemu dengan orang asli yang terbahagi kepada puak-puak, kebanyakannya berkongsi serumpun bahasa Tupi-Guarani, tetapi berbalah sesama sendiri.[23]
Meskipun petempatan pertama diasaskan pada tahun 1532, zaman penjajahan mulai berkuatkuasa pada tahun 1534, apabila Dom João III memecahkan wilayah ini kepada 12 kekapitanan turun-temurun,[24][25] tetapi susunan ini terbukti bermasalah, maka pada tahun 1549, baginda melantik seorang Gabenor Jeneral untuk mentadbir seluruh jajahan.[25][26] Pemerintah Portugis mengasimilasikan beberapa puak orang asli[27] manakala puak-puak lain diperhambakan atau dipunahkan ekoran perang berlanjutan ataupun akibat tidak lali akan penyakit bawaan pendatang Eropah.[28][29] Pada pertengahan abad ke-16, gula menjadi bahan eksport terpenting Brazil[23][30] maka pemerintah Portugis mengimport hamba abdi Afrika[31][32] untuk menampung permintaan ekonomi yang meningkat.[28][33]

Massa Kristian pertama di Brazil, 1500.
Setelah berperang dengan Perancis, lama-kelamaan Portugis meluaskan wilayahnya ke arah tenggara, termasuk pendudukan Rio de Janeiro pada tahun 1567, dan juga ke arah barat laut, termasuk penaklukan São Luís pada tahun 1615.[34] Mereka menghantar ekspedisi tentera ke hutan hujan Amazon serta menawan benteng Inggeris dan Belanda,[35] menubuhkan desa-desa dan kubu-kubu mulai tahun 1669.[36] Pada tahun 1680, penjajah Portugis menjangkau jauh ke selatan lalu mengasaskan Sacramento di tebing Rio de la Plata, di kawasan Jalur Timur (kini Uruguay).[37]
Pada akhir abad ke-17, eksport gula mulai merosot[38] tetapi mulai 1690-an, penemuan emas oleh para pengembara di kawasan yang kemudian bergelar Minas Gerais (Lombong Umum), sekarang negeri Mato Grosso dan Goiás, menyelamatkan jajahan itu daripada keruntuhan ekonomi.[39] Ribuan penghijrah dari merata Brazil dan juga Portugal berbondong-bondong ke kawasan perlombongan.[40]
Bangsa Sepanyol cuba menghalang peluasan Portugis ke wilayah milik Sepanyol menurut Perjanjian Tordesillas 1494, lalu berjaya menawan Jalur Timur pada tahun 1777. Bagaimanapun, tindakan Sepanyol itu sia-sia kerana Perjanjian San Ildefonso yang ditandatangani pada tahun yang sama mengesahkan kedaulatan Portugis atas segala tanah yang ditaklukinya dalam peluasan wilayah, maka terbentuknya sebahagian besar sempadan Brazil yang kita kenali sekarang.[41]
Pada tahun 1808, kerabat diraja Portugis yang melarikan diri dari kemaraan askar Maharaja Perancis, Napoleon I yang menyerang Portugal dan kebanyakan kawasan Eropah Tengah, memantapkan kedudukan mereka di kota Rio de Janeiro yang kemudiannya menjadi pusat kerajaan seluruh Empayar Portugis.[42] Pada tahun 1815, Dom João VI, ketika itu pemangku bondanya yang hilang upaya, menaikkan taraf Brazil dari jajahan menjadi Kerajaan berdaulat yang bersatu dengan Portugal.[42] Pada tahun 1809, Portugis menyerang Guiana Perancis (yang dipulangkan kepada Perancis pada 1817)[43]; kemudian pada tahun 1816, mereka menawan Jalur Timur dan menukar namanya menjadiCisplatina[44] (tetapi Brazil kehilangannya pada tahun 1828 apabila ia menjadi negara merdeka bergelar Uruguay).[45]